Syarat-syarat berikut terpakai bagi permohonan sewaan Petak Khas Tempat Letak Kereta Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Syarat Permohonan
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam satu salinan borang yang disediakan bersama satu (1) salinan kad pengenalan pemilik perniagaan, salinan lesen perniagaan MBS atau salinan SSM, dan gambar petak yang ingin disewa.
  2. Keputusan akan dimaklumkan oleh MBS setelah permohonan diproses.
  3. MBS akan meluluskan penyewaan Petak Khas Tempat Letak Kereta berdasarkan permohonan yang memenuhi kategori perniagaan berikut:

    Kategori A - Wajib
    • Premis perniagaan berkaitan pameran atau penjualan kereta atau motosikal.
    • Premis perniagaan mencuci, mengilat, mengetuk atau mengecat kenderaan.
    • Premis perniagaan menjual alat ganti, aksesori atau penghawa dingin kenderaan.
    • Premis perniagaan menjual tayar atau bateri, atau bengkel kenderaan.
       
    Kategori B - Pilihan
    • Bank, kedai pajak gadai atau syarikat kewangan.
    • Klinik, hospital swasta atau farmasi.
    • Hotel atau rumah tumpangan berlesen.
    • Pusat pendidikan awal kanak-kanak atau sekolah pendidikan khas.
    • Pasar raya, kedai runcit, kedai serbaneka atau pemborong (pemunggahan barang atau stor).
    • Kedai perabot (pemunggahan barang atau stor).
    • Agensi kerajaan atau GLC.
    • Premis perniagaan perkakasan (hardware).
    • Premis perniagaan penghantaran ekspres.
    • Premis perniagaan pembinaan (stor, menjual dan pameran).
    • Premis makanan segera yang mempunyai perkhidmatan “delivery” sahaja.
       
  4. Bayaran sewaan yang dikenakan adalah seperti berikut:

    Bil.KawasanHargaCatatan
    a)Seremban - Hadapan (Kategori A)RM180.00

    Permohonan 2-3 petak: pengurangan 30% (RM126.00/petak).

    Permohonan 4-5 petak: pengurangan 40% (RM108.00/petak).

    Permohonan lebih daripada 6 petak: pengurangan 50% (RM90.00/petak).

    b)Seremban - Hadapan (Kategori B)RM180.00 
    c)Seremban - Lorong / BelakangRM65.00 
    d)Nilai - Hadapan / Lorong / BelakangRM80.00 
    e)Seremban - Kawasan belum wartaRM90.00 
  5. Syarat-syarat lain akan dinyatakan dalam surat kelulusan.
  6. MBS berhak meminda, menambah atau memansuhkan mana-mana syarat kemudahan Petak Khas Tempat Letak Kereta dari semasa ke semasa.
Update Date: