Syarat-syarat berikut terpakai bagi permohonan sewaan Petak Khas Tempat Letak Kereta Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Syarat Permohonan
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam satu salinan borang yang disediakan bersama satu (1) salinan kad pengenalan pemilik perniagaan, salinan lesen perniagaan MBS atau salinan SSM, dan gambar petak yang ingin disewa.
- Keputusan akan dimaklumkan oleh MBS setelah permohonan diproses.
MBS akan meluluskan penyewaan Petak Khas Tempat Letak Kereta berdasarkan permohonan yang memenuhi kategori perniagaan berikut:
Kategori A - Wajib
- Premis perniagaan berkaitan pameran atau penjualan kereta atau motosikal.
- Premis perniagaan mencuci, mengilat, mengetuk atau mengecat kenderaan.
- Premis perniagaan menjual alat ganti, aksesori atau penghawa dingin kenderaan.
- Premis perniagaan menjual tayar atau bateri, atau bengkel kenderaan.
Kategori B - Pilihan
- Bank, kedai pajak gadai atau syarikat kewangan.
- Klinik, hospital swasta atau farmasi.
- Hotel atau rumah tumpangan berlesen.
- Pusat pendidikan awal kanak-kanak atau sekolah pendidikan khas.
- Pasar raya, kedai runcit, kedai serbaneka atau pemborong (pemunggahan barang atau stor).
- Kedai perabot (pemunggahan barang atau stor).
- Agensi kerajaan atau GLC.
- Premis perniagaan perkakasan (hardware).
- Premis perniagaan penghantaran ekspres.
- Premis perniagaan pembinaan (stor, menjual dan pameran).
- Premis makanan segera yang mempunyai perkhidmatan “delivery” sahaja.
Bayaran sewaan yang dikenakan adalah seperti berikut:
Bil. Kawasan Harga Catatan a) Seremban - Hadapan (Kategori A) RM180.00 Permohonan 2-3 petak: pengurangan 30% (RM126.00/petak).
Permohonan 4-5 petak: pengurangan 40% (RM108.00/petak).
Permohonan lebih daripada 6 petak: pengurangan 50% (RM90.00/petak).
b) Seremban - Hadapan (Kategori B) RM180.00 c) Seremban - Lorong / Belakang RM65.00 d) Nilai - Hadapan / Lorong / Belakang RM80.00 e) Seremban - Kawasan belum warta RM90.00 - Syarat-syarat lain akan dinyatakan dalam surat kelulusan.
- MBS berhak meminda, menambah atau memansuhkan mana-mana syarat kemudahan Petak Khas Tempat Letak Kereta dari semasa ke semasa.