Seremban, 24 Julai 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak serta membincangkan potensi kerjasama dalam memartabatkan seni budaya dan warisan silat di Bandaraya Seremban. Turut hadir semasa kunjungan ini ialah Tuan Haji Hazaidi bin Haji Osman, Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, En. Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS serta barisan delegasi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |




