Notis bertulis ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa data peribadi anda sedang diproses atau bagi pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) (selepas ini dirujuk sebagai "MBS", "kami", "pihak kami" atau "milik kami").
Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan dengan seseorang individu yang boleh dikenal pasti secara langsung atau tidak langsung. MBS memproses data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), tertakluk kepada pemakaian akta tersebut.
Data peribadi anda mungkin diproses bagi tujuan mengurus pendaftaran dan akaun pengguna, memproses dan mengurus permohonan serta sewaan petak parkir, mengurus pembayaran dan transaksi, berkomunikasi dengan pengguna, menjawab pertanyaan atau aduan, memberikan makluman berkaitan perkhidmatan, mengesahkan identiti pengguna jika diperlukan, mengurus keselamatan dan operasi sistem serta mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
DATA PERIBADI YANG DIKUMPUL
MBS hanya mengumpul dan memproses data peribadi yang diperlukan bagi tujuan pendaftaran pengguna, penyediaan perkhidmatan, pengurusan sewaan petak parkir dan pengoperasian aplikasi Petak@MBS.
Data peribadi yang mungkin dikumpul termasuk:
Maklumat Peribadi dan Pengenalan – nama penuh, nombor kad pengenalan atau dokumen pengenalan lain.
Maklumat Hubungan – alamat e-mel dan nombor telefon.
Maklumat Kenderaan – nombor pendaftaran kenderaan dan maklumat berkaitan kenderaan.
Maklumat Permohonan dan Sewaan Petak Parkir – maklumat permohonan, lokasi atau nombor petak, tempoh sewaan, status permohonan dan maklumat berkaitan transaksi.
Maklumat Pembayaran dan Transaksi – maklumat berkaitan pembayaran atau transaksi yang dibuat melalui aplikasi.
Maklumat Teknikal dan Penggunaan Aplikasi – seperti alamat IP, jenis peranti, sistem operasi, rekod log dan maklumat teknikal lain yang diperlukan bagi pengoperasian, keselamatan dan penambahbaikan aplikasi.
Maklumat Komunikasi – pertanyaan, aduan, maklum balas atau komunikasi yang diberikan kepada MBS.
CARA DATA PERIBADI DIKUMPUL
Data peribadi anda mungkin dikumpul melalui cara berikut:
Semasa mendaftar dan menggunakan akaun Petak@MBS.
Semasa membuat permohonan atau menggunakan perkhidmatan sewaan petak parkir
Semasa memberikan maklumat bagi tujuan pembayaran atau transaksi.
Semasa berhubung dengan MBS bagi pertanyaan, permintaan, aduan atau maklum balas
Semasa memberikan maklumat atau dokumen bagi tujuan pengesahan identiti, pendaftaran atau pengurusan perkhidmatan
Melalui penggunaan aplikasi Petak@MBS, termasuk maklumat teknikal dan penggunaan yang dikumpul secara automatik bagi tujuan pengoperasian, keselamatan dan penambahbaikan aplikasi.
Melalui saluran lain yang berkaitan dengan perkhidmatan Petak@MBS.
TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI
Data peribadi anda diproses bagi tujuan berikut:
Mengurus pendaftaran, pengesahan dan akaun pengguna.
Memproses dan mengurus permohonan sewaan petak parkir.
Mengurus rekod kenderaan dan sewaan petak parkir.
Memproses dan merekod pembayaran serta transaksi.
Menghubungi pengguna berkaitan permohonan, sewaan, pembayaran, notifikasi, perkhidmatan atau akaun.
Mengendalikan pertanyaan, aduan dan maklum balas pengguna.
Memastikan keselamatan, kestabilan, penyelenggaraan dan pengoperasian sistem.
Menjalankan analisis dan penambahbaikan terhadap aplikasi serta perkhidmatan.
Mematuhi undang-undang, peraturan dan arahan pihak berkuasa yang berkuat kuasa.
Menjalankan tujuan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan Petak@MBS dan dimaklumkan kepada pengguna dari semasa ke semasa.
PENDEDAHAN DAN PERKONGSIAN DATA PERIBADI