HEBAHAN PERKHIDMATAN PENGGANTIAN DAN PERMOHONAN KUTIPAN SAMPAH

MAKLUMAN PERKHIDMATAN PENUKARAN/ PENGGANTIAN TONG SAMPAH
Untuk makluman, permohonan berkaitan penggantian tong sampah yang rosak atau hilang boleh dibuat melalui pihak SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) mengikut tatacara permohonan yang telah ditetapkan.
Dilampirkan notis hebahan berkaitan tatacara permohonan untuk rujukan dan makluman orang awam.



Untuk maklumat lanjut berkaitan penukaran/penggantian tong sampah atau perkhidmatan SWM, sila layari:
- Laman sesawang SWM:SWM Environment
- Facebook SWM:SWM Environment
- Talian Indahkan Malaysia: 012- 618 0082
MAKLUMAN PERMOHONAN PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH
Bagi orang awam atau premis yang ingin membuat permohonan baharu atau tambahan perkhidmatan tong sampah, permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan mengemukakan dokumen berikut:
- Surat permohonan tong sampah; dan
- Salinan cukai taksiran / Borang C.
Setiap permohonan adalah tertakluk kepada semakan dan pertimbangan Jawatankuasa State Liaison Committee (SLC) di peringkat Persekutuan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh pihak MBS dan/atau SWCorp berdasarkan keputusan serta pengesahan jawatankuasa berkenaan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan permohonan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBS di talian 06-765 4333 / 06-765 4246 / 06-765 4298.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai.